Tuesday 31 October 2017

KanWork @ Putrajaya Pink Oktober Run 2017



Putrajaya, 28 Oktober 2017 Persatuan Kanser KanWork telah bekerjasama dengan Hospital Putrajaya atas jemputan mereka untuk program Putrajaya Pink Oktober Run 2017 yang bertempat di Dataran Putrajaya. KanWork membuka booth pameran semasa program ini. Seramai 47 orang telah melawat ke booth pameran KanWork. Antara aktiviti sepanjang program berlangsung ialah sesi perkongsian pengalaman oleh survivor KanWork, larian 5 km dan 10 km, pemeriksaan payudara, pemeriksaan kesihatan, pesta makanan, mini carnival , ‘face painting’ dan cabutan bertuah.


Putrajaya, 28th October 2017 KanWork Cancer Society was invited by Putrajaya Hospital to participate in the Putrajaya Pink October Run 2017 programme which was held at Dataran Putrajaya. KanWork set up an awareness booth during the programme. A total of 47 people visited the KanWork awareness booth. Other activities during the program were the sharing session by KanWork survivors, 5 km and 10 km runs, clinical breast examination, health screening, food fiesta, mini carnival, face painting and lucky draw.

Wednesday 25 October 2017

KanWork @Majlis Pelancaran “RM2 Million Breast Cancer Chemotherapy Welfare Fund”




Majlis Pelancaran "RM2 Million Breast Cancer Chemotherapy Welfare Fund"
Di antara NGO kanser yang hadir memberi sokongan
Dr. Mazanah (Pengerusi KanWork) membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Dr Mohamed Ibrahim A Wahid (Pengarah Perubatan Beacon Hospital)

Persatuan Kanser KanWork telah di jemput ke Majlis Pelancaran “RM2 Million Breast Cancer Chemotheraphy Welfare Fund” oleh Beacon Hospital pada 23 Oktober yang lalu. Pelancaran dana tersebut disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dana ini ditubuhkan untuk membantu pesakit kanser payudara untuk mendapatkan rawatan kemoterapi. Maklumat lanjut tentang dana ini, sila hubungi Mr. Calvin di talian 012-362 0389. KanWork mengucapkan terima kasih kepada pihak Beacon Hospital atas jemputan majlis pelancaran tersebut.

Kempen Kesedaran Kanser Bersama Komuniti @Bukit Jelutong



BUKIT JELUTONG, SELANGOR, 21 OKTOBER 2017 (SABTU) - Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser Bersama Komuniti pada 21 Oktober yang lalu, bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Di antara pengisian program ialah ceramah kesedaran kanser oleh Dr. Azura Rozila Ahmad (Perunding Perubatan Onkologi, Beacon Hospital), sesi perkongsian pengalaman bersama survivor, pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN (ujian glukosa, ujian tekanan darah, indeks jisim tubuh, ujian kolesterol dan ujian PAP smear), teknik pemeriksaan payudara sendiri (PSP), sembang diet oleh  Prof. Madya Dr. Suhaina Sulaiman (UKM), pendaftaran subsidi mamogram dan pameran kesedaran kanser. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Bukit Jelutong dan telah dihadiri seramai 150 orang. Turut hadir pada program tersebut ialah Dr. Zaharah Binti Zainuddin yang merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih semua pihak yang telah menjayakan kempen ini.




BUKIT JELUTONG, SELANGOR, 21 OKTOBER 2017 (Saturday) - KanWork in collaboration with National Population and Family Development Board (LPPKN) and Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong has organized Cancer Awareness Campaign with Community. The half day programme was filled with activities such as talks on cancer awareness by Dr. Azura Rozila Ahmad (Medical Oncology Consultant, Beacon Hospital), sharing experience with survivors, health screening(glucose, cholesterol, blood pressure, body mass index (BMI), PAP Smear Test), Breast Self-Examination (BSE), diet talk by Assoc. Prof. Dr. Suhaina Sulaiman (UKM) mammogram subsidy, and cancer awareness exhibitions. This campaign received encouraging response from the community of Bukit Jelutong and attended a total of 150 people. Also present was Dr. Zaharah Zainuddin (Public Health Specialist, Selangor State Health Department). Thanks to those who have attended and participated in this programme.

KanWork @Pangkor Dialogue 2017


Dr. Mazanah bersama ahli panel sesi Plenary 5:Nation Building



Persatuan Kanser KanWork telah dijemput untuk menyertai  ”Persidangan Antarabangsa Pangkor Dialogue 2017” anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) pada 11 & 12 September 2017 di Casuarina@Meru, Ipoh. Dr. Mazanah Muhamad, Pengerusi KanWork telah membentangkan topik “Persatuan Kanser (KanWork) Role in Nation Building”. Di antara peranan KanWork dalam membina Negara bangsa ialah menyediakan program pendidikan kesihatan yang inklusif dan memperkasa survivor kanser untuk kekal berfungsi kepada keluarga dan masyarakat.  Terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Darul Ridzuan atas peluang yang diberikan.

Tuesday 24 October 2017

KanWork @ Program TEMAN Nature Walk

Bangi, 7 Oktober 2017 Persatuan Kanser KanWork turut sama menjayakan Program TEMAN Nature Walk yang diadakan di Inbiosis, UKM Bangi dengan membuat Demonstrasi Qigong. Program ini adalah anjuran Team Effort in Maintaining Awareness and Nurturing Breast Cancer Patient (TEMAN). Di program itu juga, KanWork membuka booth awareness dan jualan amal. Antara aktiviti menarik ialah demonstrasi qigong, aktiviti Nature Walk / lawatan taman herba, ceramah motivasi, sesi perkongsian survivor, cabutan bertuah dan jualan amal. Terima kasih kepada semua ahli yang menjayakan program ini.

Friday 6 October 2017

Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser "Penjagaan Paliatif Pesakit Kanser"


Peserta sedang mendengar ceramah


Sesi Peer Support

Dr. Azlan Kamalludin sedang berkongsi pengalaman sebagai carer
Pn. Mastura, Jururawat Paliatif Hospis Malaysia sedang menyampaikan ceramah


PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2017 – Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Pendidikan dan Sokongan Pesakit Kanser yang bertajuk Penjagaan Paliatif Pesakit Kanser pada 30 September yang lalu di Bilik Seminar, Hospital Putrajaya. Penceramah jemputan ialah Pn. Mastura Mohd. Rasyid dari Hospis Malaysia.

Seramai 60 orang telah hadir terdiri dari pesakit, survivor, penjaga (carer), doktor, jururawat, sukarelawan serta orang awam yang berminat. Turut di adakan semasa program ialah sesi perkongsian pengalaman sebagai Carer oleh Dr. Azlan Kamalludin yang juga merupakan penulis buku “Three Cancers in Ten Months, Doctor Becomes Carer”. Sesi Peer Support juga di adakan selepas program dan dikendalikan oleh Dr. Abdullah Mohd. Noor.