Wednesday 30 August 2017

KanWork sedia platform kumpul dana



Pelancaran "MyGift2KanWork' oleh YBhg. Dato' Hajah Mariam Mas Bt. Yacob, Pengerusi LPPKN sempena Majlis KanWork Charity Hi Tea 2017

Sumber : Berita Harian, 27 Ogos 2017

MyGift2KanWork : CHERISH A LIFE, GIVE TO KanWork



Saluran Sumbangan KanWork “MyGift2KanWork” 



  • Saluran sumbangan untuk Persatuan Kanser KanWork
  • Kaedah pantas dan mudah dicapai
  • Melebar kolaborasi dengan masyarakat tempatan, dalam dan luar Negara
  • Memperkasa tanggungjawab sosial dengan menjayakan program KanWork
  • Bahagiakan kehidupan dengan membahagiakan orang lain
Kami mengalu-alukan sumbangan anda !


KanWork Charity Hi Tea 2017 : "The Gentle Art of Caring, The Joy of Giving”


SERDANG, 26 OGOS 2017 : PERSATUAN KANSER KanWork dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan KanWork Charity Hi-Tea 2017 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang pada 26 Ogos yang lalu.


Tetamu kehormat majlis ialah YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Bt Yacob, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Turut hadir ke majlis ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Yang Amat Mulia Dato’ Seri Di Raja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Presiden Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia. 


Majlis pada petang itu telah diserikan dengan kehadiran para pesakit/survivor, sukarelawan, penjaga (carer) serta rakan-rakan kongsi KanWork yang sentiasa membantu KanWork untuk merealisasikan peranan persatuan.


Bersempena dengan majlis itu, turut dilancarkan “MyGift2KanWork’ yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hajah Mariam Mas Yacob. “MyGift2KanWork” ini merupakan platform sumbangan orang ramai yang boleh di layari di http://donate.kanwork.org


Aktiviti lain yang di adakan ialah pameran, jualan amal KanWork, persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.


Sekalung penghargaan & jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan individu yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Wednesday 23 August 2017

Family Day Guolin Qigong 2017


Persatuan Kanser KanWork BBBangi, 19 Ogos 2017 Sabtu. Sempena ulang tahun ke-10 senaman qigong di Bandar Baru Bangi, satu majlis Hari Keluarga Qigong 2017 telah diadakan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Objektif utama hari keluarga ini diadakan adalah untuk mempromosikan senaman qigong dan juga untuk mengeratkan silaturahim antara ahli. Majlis yang telah di rasmikan oleh ADUN Bangi, YB. Tuan Mohd Shafie bin Ngah telah dihadiri seramai 120 orang tetamu.
Antara aktivi yang diadakan adalah demonstrasi senaman qigong seperti, normal walking, senaman menggunakan kayu, sesi soal jawab bersama tenaga pengajar dan sesi berkongsi pengalaman bersama kanser survivor. Terima kasih kepada ahli yang mengambil bahagian dan juga kepada semua tetamu yang hadir.

Tuesday 15 August 2017

Potluck Raya Qigong KanWork 2017 @ Kinrara

Persatuan Kanser KanWork, Bandar Kinrara, 30 Julai 2017. Satu majlis raya potluck telah dijalankan oleh Qiqung KanWork di Bandar Kinrara. Majlis dimulakan dengan senaman Qigong dibawah pimpinan Dr Abdullah Mohd Noor dan Pn Faridah Ahmad. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.