Friday 27 January 2017

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Kepada semua ahli dan mereka yang menyambut, diucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

PEER SUPPORT KanWork 2017


Persatuan KanWork Seri Kembangan, 21 Januari 2017. Satu sesi Peer Support KanWork di bawah kelolaan Biro Sokongan dan Lawatan Pesakit telah diadakan di Pejabat KanWork. Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk para pesakit, survivor, serta penjaga (carer) berkongsi pengalaman menghadapi cabaran kanser. Seramai 19 peserta telah hadir yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kanser. Moderator bagi sesi ini ialah Dr. Asmah Ismail, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling, UPM. Di antara topik yang dibincangkan ialah berkenaan dengan sokongan kepada pesakit yang akan menjalani rawatan, perbincangan mengenai rawatan-rawatan yang akan dijalani, panduan pemakanan yang diperlukan semasa rawatan, panduan penjagaan diri dan emosi semasa rawatan serta panduan kepada carer untuk membantu pesakit. Melalui sesi ini, para peserta mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan dan sokongan secara bersemuka dengan lebih jelas dan tepat. Selain daripada itu, para peserta juga mendapat sedikit sebanyak informasi mengenai persatuan.

Tuesday 10 January 2017

RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork



RISALAH KANSER BAHARU TERBITAN KanWork

Persatuan KanWork, 3 Januari 2017 – Menyedari tentang pentingnya penyebaran maklumat yang tepat tentang kanser kepada pesakit serta orang awam, KanWork telah membangun dan menerbit bahan pendidikan dalam bentuk risalah. Risalah ini boleh diperolehi dalam salinan cetak dan salinan lembut. Sehingga kini, sebanyak 6 jenis penyakit kanser telah diterbitkan dalam bentuk risalah; Kanser Payudara, Kanser Usus, Kanser Paru-paru, Kanser Serviks, Kanser Darah dan Kanser Kulit. Risalah ini dipamer dan diedarkan semasa program kesedaran awam anjuran KanWork. Risalah ini juga boleh didapati dengan berkunjung ke Pejabat KanWork atau menghubungi talian helpline 1-800-22-8672 atau memuat turun dari laman web www.kanwork.org. KanWork ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja dan individu yang telah memberi sumbangan dalam pembangunan dan percetakan risalah ini. 

NEW CANCER BROCHURE BY KanWork

Persatuan KanWork, 3 January 2017 – Aware of the importance of dissemination of accurate information on cancer to patients and the public, KanWork has taken an initiative to develop educational materials in brochure form. The brochures are available in both hard and soft copies. A total of six cancer types have been published; Breast Cancer, Colon Cancer, Lung Cancer, Cervical Cancer, Blood Cancer and Skin Cancer. These brochures are distributed during KanWork’s public awareness program. They are available by visiting the KanWork’s office, calling our helpline at 1-800-22-8672, or downloading from website www.kanwork.org. We wish to record our sincere appreciation to all contributors and sponsors.

Monday 2 January 2017

Jamuan Raya KanWork 2016


Laporan tertunda, 8 Ogos 2016.

Jamuan Raya Kanwork telah diadakan pada Sabtu, 8 Ogos 2016 di pejabat KanWork. Jamuan telah dihadiri lebih kurang 100 ahli dan keluarga. Terima kasih kepada ahli yang dapat hadir dan telah memeriahkan lagi majlis.