Friday 28 October 2016

KEMPEN KESEDARAN KANSER DI MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR



BANGSAR, 22 OKTOBER 2016 (SABTU) - Persatuan KanWork dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser. Program ini bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Di antara pengisian program ialah Ceramah Kesedaran Kanser oleh YBhg. Prof. Madya (K) Dato’ Dr. Fuad Ismail, Pakar Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Survivor, Pemeriksaan Kesihatan oleh LPPKN (Ujian Glukosa, Ujian Tekanan Darah, BMI, dan Ujian PAP Smear), Teknik Pemeriksaan Payudara Sendiri (PSP), Sembang Diet oleh  Prof. Madya Dr. Suhaina Sulaiman, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pameran Kesedaran Kanser, Jualan Buku Kanser/Doa, Mini Spa, serta Jualan Amal.
           Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kariah masjid dan komuniti di sekitar Bangsar. Program ini telah dihadiri seramai lebih kurang 130 orang.  Terima kasih kepada Jawatankuasa kerja, sukarelawan KanWork, Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (PERWIBA) serta semua pihak yang menjayakan program ini. 
CANCER AWARENESS CAMPAIGN, MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR

BANGSAR, 22 OCTOBER 2016 (SATURDAY)– KanWork  in collaboration with Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar organized Cancer awareness campaign. The half day programme was filled with activities such as Talks on Cancer Awareness by YBhg. Assoc. Prof. (K) Dato' Dr. Fuad Ismail, Oncologists, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC), Sharing Experience With Survivors, Health Screening (glucose, cholesterol, blood pressure BMI, PAP Smear Test), Breast Self-Examination (BSE), Diet Talk by Assoc. Prof. Dr. Suhaina Sulaiman (UKM), Cancer Awareness Exhibitions, Cancer/Doa book sales, Mini Spa, and Charity sale.
           This campaign received encouraging response from the community of Bangsar and attended a total of approximately 130 people. Thanks to those who have attended and participated in this programme.

Thursday 6 October 2016

WALKHATON KANWORK 2016 : BERIADAH BERAMAL

 
24 September 2016 (Sabtu), Taman Botani, Putrajaya. Persatuan kanWork. Dengan bertemakan “Beriadah. Beramal, program Walkhaton KanWork 2016 telah berlansung dengan meriah dan jayanya. Seramai 400 peserta yang terdiri daripada pesakit/survivor Kanser serta keluarga, para sukarelawan kanser dan orang awam telah sama-sama hadir memberi sokongan dengan sama-sama berjalan dan menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser, menggalakkan amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat, menjana dana untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang menyokong pesakit kanser serta meraikan Sambutan 10 tahun penubuhan KanWork. Aktiviti –aktiviti menarik yang turut diadakan ialah pameran kesedaran kanser, sembang-sembang bersama pakar pemakanan, perkongsian bersama survivor kanser, gerai jualan, persembahan nyayian oleh busker, photo booth dan aktiviti kanak-kanak (bersama badut) serta Pertandingan Penajaan Peserta Terbanyak. Sempena sambutan 10 tahun KanWork, acara melepaskan belon turut diadakan di mana nama-nama ahli KanWork yang telah meninggal dunia diikat pada belon dan dilepaskan ke udara sebagai simbolik memperingati pemergian insan yang tersayang. 
Walkhaton KanWork 2016 sesungguhnya telah berjaya menjadi satu platform untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli, membolehkan para pesakit/survivor dan ahli keluarga serta anggota masyarakat bersosial dan beriadah bersama-sama ke arah cara hidup yang lebih sihat dan berkualiti.