Sunday 29 November 2015

Kesedaran Kanser: IAB Women in Science International Seminar

Shah Alam, 26 Nov. 2015 (Khamis). Persatuan KanWork telah dijemput untuk menyertai IAB Women in Science International Seminar yang bertajuk Women’s Health: Food, Cancer and Cholestrol di Hotel Concorde.

Seramai 3 orang sukarelawan KanWork yang juga merupakan survivor kanser telah dijemput untuk memberi perkongsian dan kesedaran mengenai penyakit kanser.

Selain itu, Persatuan KanWork juga turut mengadakan pameran kanser seperti pameran poster, memberi pendedahan pemeriksaan sendiri payudara (psp), mengedarkan risalah pengesanan awal kanser, serta jualan amal buku-buku kanser. Seramai 25 orang pengunjung direkodkan telah mengunjungi gerai pameran kami.

Ucapan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada sukarelawan KanWork yang terlibat. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada peserta seminar.

Majlis Penghargaan Sukarelawan KanWork Charity Hi-Tea 2015

Seri Kembangan, 21 Nov. 2015 (Sabtu), Persatuan KanWork telah mengadakan satu majis aspirasi bagi menghargai sukarelawan yang telah banyak membantu dalam majlis KanWork Charity Hi-Tea 2015 yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2015 lalu. 

Majlis yang ditaja penuh oleh penyumbang ini (khusus disumbangkan untuk majlis ini sahaja) memberi kesempatan kepada pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan serta memberi cenderahati sebagai tanda ingatan. Pastinya tanpa komitmen yang baik dari sukarelawan, majlis KanWork Charity Hi-Tea 2015 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Terima kasih kepada sukarelawan dan penyumbang yang menjayakan majlis ini.

Tuesday 17 November 2015

Kesedaran Kanser: KanWork @ Pangkor International Development Dialogue 2015

 
IPOH, 19 OKTOBER 2015 (ISNIN) - Persatuan KanWork telah dijemput untuk menyertai  ”Pangkor International Development Dialogue 2015“ (PIDD 2015) anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) pada 18 – 20 Oktober 2015 di Casuarina @ Meru, Ipoh. Dr. Mazanah Muhamad, Pengerusi KanWork telah menjadi ahli panel sesi Satellite Event “Prevention is Better than Cure”.  Topik yang beliau bentangkan ialah “Prevention is better Than Cure: The Cancer Context”. Sesi tersebut turut dihadiri oleh Datuk Dr. Mah Hang Soon,  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu Negeri Perak. KanWork juga turut mempamerkan brosur dan buku berkaitan dengan kanser.

Monday 9 November 2015

Kesedaran Awam : Pink October Walk Together 2015

Putrajaya, 31 Okt. 2015 (Sabtu). Persatuan KanWork telah menyertai Pink October Walk Together anjuran Jabatan Pembedahan, Hospital Putrajaya. Acara berjalan sejauh 4.5 km ini turut disertai oleh beberapa survivor KanWork dan mereka telah berjaya melakukannya. Selain itu, KanWork juga turut menjayakan kempen kesedaran kanser payudara ini dengan membuka gerai pameran di mana aktiviti yang di jalankan adalah seperti perkongsian pengalaman survivor kanser payudara, pameran poster, memberi tunjuk ajar psp (pemeriksaan sendiri payudara), mengedarkan risalah berkaitan kanser payudara, jualan bahan bacaan kanser serta jualan amal.

Terima kasih kepada sukarelawan yang sudi bertugas di gerai KanWork, dan tahniah diucapkan kepada peserta.