Wednesday 15 April 2015

PROGRAM “KENALI DAN KENDALI EMOSI”

 
PUTRAJAYA, 11 APRIL 2015Persatuan Kanser KanWork dengan kerjasama LPPKN, Unit Kerja Sosial Perubatan dan Unit Pendidikan Kesihatan, Institut Kanser Negara telah menganjurkan satu Program Pendidikan dan Sokongan Kanser yang bertajuk “Kenali dan Kendali Emosi”. 

Program ini di adakan di Auditorium, Institut Kanser Negara, Putrajaya. Penceramah jemputan ialah YBhg. Dato’ Dr. Mat Saat Mohamed Baki, Pakar Perunding Psikologi dan Klinikal, Hospital Pantai. Seramai 180 orang terdiri dari carer (penjaga), keluarga, pesakit, survivor, sukarelawan, jururawat, doktor serta individu yang berminat telah hadir ke program tersebut. 

Di antara pengisian ceramah  adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam mengenalpasti emosi mereka ketika berhadapan dengan kanser serta cara menguruskan emosi dengan baik. Sesi kumpulan sokongan turut di adakan dan lebih kurang 20 peserta (kanser survivor, pesakit kanser dan carer) menyertai kumpulan sokongan ini.  

Sesi ini bertujuan untuk mereka  berkongsi pengalaman tentang kanser. Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan seperti yang dirancang dengan kerjasama semua pihak. Pihak KanWork berharap semoga para peserta yang hadir mendapat manfaat darinya dan pengetahuan yang di perolehi boleh dikongsi dengan orang di luar sana.