Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014

Di kesempatan ini, kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork)  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  YBhg Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan selama ini dalam membantu KanWork dan para pesakit Kanser khasnya.

Monday 21 July 2014

Tazkirah Ramadan - Mencari Kesempurnaan Ramadan

Peserta bergambar dengan Ustaz Azahar Yaakub

12 Julai 2014. Program ini di jalankan untuk mendapatkan pengetahuan tentang bagaimana hendak mencari kesempurnaan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Seramai 16 orang telah menghadiri tazkirah ini yang di adakan di pejabat KanWork pada pukul 10.00 pagi.  Penceramah jemputan untuk program tazkirah Ramadhan ini ialah YBhg. Ustaz Dr. Azahar Yaakub, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia (International Campus), Kuala Lumpur.

Di antara intipati tazkirah yang di sampaikan ialah dalam konteks bersedakah. Penceramah ada menyebut tentang satu hadith yang bermaksud, “Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah” (HR Thabrani dan Baihaqi). Dalam kita bersedekah itu, hendaklah kita yakin dan pasti bahawa sesungguhnya janji Allah SWT itu benar. Bersedekah juga di antara amalan yang di laksanakan Rasulullah SAW selain dari Qiamullail dan membaca Al- Quran.
YBhg. Dr. Ustaz Azahar Yaakub

Bersedekah juga tidak terhad dalam bentuk wang ringgit atau material (harta benda). kerja-kerja kebajikan yang kita laksanakan seharian juga merupakan satu sedekah kita kepada orang yang memerlukan.

Secara keseluruhannya, tazkirah ini sangat member manfaat dan ianya dapat membantu semua peserta untuk menjadi insan yang lebih baik dalam menghadapi Ramadhan dan hari-hari yang mendatang. Majlis berakhir jam 11.30 pagi.

Friday 4 July 2014

MEMOHON SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK



Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia,


Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, 

MEMOHON SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

2.         Berhubung dengan perkara di atas, kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan sama ada berupa wang zakat, sedekah atau derma dari pihak Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan sebagaimana firman Allah :

Sesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat-gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.                                             (Al-Baqarah: 245)

3.         KanWork merupakan sebuah kumpulan sokongan (NGO) yang menjalankan aktiviti mendampingi komuniti (outreach) bagi memberi kesedaran, menyampaikan maklumat dan memberi sokongan kepada para pesakit, ahli keluarga dan anggota masyarakat berkaitan penyakit kanser.

4.         Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dan sebahagian besar (95%) ahli KanWork adalah pesakit/survivor Kanser. Di antara aktiviti yang dijalankan oleh KanWork adalah:

  • Memberi sokongan rakan sebaya (peer support) kepada pesakit/survivor Kanser dan ahli keluarga
  • Melawat pesakit di wad.
  • Melawat pesakit di rumah
  • Memberi kesedaran kesihatan dan pencegahan kanser kepada komuniti
  • Mengadakan aktiviti riadah dan sosial
  • Memberi sokongan kepada pesakit/survivor di Pusat  Sumber Kanser (di beberapa hospital)
5.      Bagi menjayakan aktiviti – aktiviti yang dirancang, pihak kami amat  memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan dan keperluan. Oleh itu, sumbangan daripada Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan sangat dialu-alukan. Semua sumbangan akan diberikan pelepasan cukai pendapatan (No rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.5996).

6.         Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun di bawah:

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (bagi derma/sumbangan/sedekah)
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. AKAUN : 8601945901

BANK ISLAM (bagi zakat)
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. AKAUN : 12029010069530

7.   Maklumkan kepada pihak kami seperti nama di bawah melalui emel /SMS / telefon/whassap untuk kami poskan resit /surat pelepasan cukai (sekiranya diperlukan) dengan menyatakan nama, alamat lengkap dan no telefon :
                       
i.                     Pn Nur Amirah Tong Abdullah (Bendahari KanWork)
                        amiraus@msn.com
                        019-2168125
           
ii.                   Pn Norma Muhamad (Penolong Bendahari KaWork)
                        ann_amir@yahoo.com
                        012-6651372

8.     Sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah kami hargai. Semoga Allah S.W.T memberkati jasa baik dan keprihatinan Y.Bhg Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ /Datin /Tuan /Puan terhadap mereka yang memerlukan. Sekiranya Y. Bhg Tan Sri/ Puan Sri /Dato’/Datin /Tuan /Puan memerlukan maklumat lanjut berkaitan persatuan kami, sila layari blog kami di KanWork.blogspot.com.

Sekian, terima kasih. 

Yang benar,



(MARIANA MOHD YUSOFF)
Setiausaha
Persatuan Kanser NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork)

Tuesday 1 July 2014

Program Sosial Dan Riadah (Sesi Make-Over And Beauty Tips MARY KAY)


Peserta yang hadir.
Program ini di jalankan adalah untuk mendapat pendedahan asas tentang teknik penjagaan wajah dan asas solekan/kecantikan Mary Kay. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti program ini yang di adakan pada 21hb Jun 2014 (Sabtu) di pejabat KanWork pada pukul 9.30 pagi.  Sesi tersebut telah di kendalikan oleh Pn Rokiah Ariffin, Independent Senior Sales Director, Mary Kay Malaysia.

Sebelum memulakan sesi, isi maklumat dahulu.

Sebelum memulakan sesi, peserta di kehendaki untuk mengisi maklumat asas seperti jenis kulit wajah dan produk yang di gunakan sekarang. Selepas itu, Pn. Rokiah akan membuat analisa kulit wajah setiap peserta berdasarkan maklumat yang di berikan. Proses ini adalah untuk menentukan penggunaan jenis produk Mary Kay yang bersesuaian dengan kulit wajah. Setiap peserta telah diberikan perkakas sendiri untuk membuat demonstrasi berkenaan teknik pembersihan wajah yang betul. Proses bermula dengan pembersihan wajah, penggunaan masker, krim pelembap dan akhirnya, cara pememilihan warna bedak asas yang sesuai.

Selain dari penjagaan kulit muka, peserta juga diajar cara penjagaan kulit tangan yang merangkumi pembersihan dan losyen pelembap.

Pn Rokiah Ariffin, Independent Senior Sales Director, Mary Kay Malaysia

Secara keseluruhannya, peserta berpuas hati dengan sesi tersebut dan ianya dapat membantu peserta untuk meningkatkan imej dan personaliti sseorang kepada yang lebih baik.