Friday 21 February 2014

Gambar Walkathon KanWork 2014

Adik-adik PBSM yang bertugas sebagai sukarelawan

Team Volunteer bersama Tn. Haji Badrul - Team jaga track.




Sedikit gambar semasa acara Walkathon KanWork 2014 yang telah lepas. Untuk lihat lebih banyak gambar, boleh ke FaceBook Persatuan Kanser.

Monday 17 February 2014

Walkathon KanWork 2014

16 Februari 2014. BANDAR BARU BANGI. Alhamdulillah, Walkathon KanWork 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta walkathon yang telah mengambil bahagian, semua petugas sukarela, semua AJK yang telah bertungkus lumus bekerja bagi menjayakan acara ini, semua ahli KanWork yang hadir dan tidak lupa terima kasih kepada partners KanWork yang buka booth pada hari tersebut.

Acara dimulakan dengan pendaftaran seawal jam 7.15 pagi, demonstrasi senaman Qigong, bacaan doa dan seterusnya peserta dilepaskan berjalan kaki mengelilingi tasik sejauh 1.5 KM. Acara diteruskan lagi dengan cabutan hadiah bertuah. KanWork tidak lupa membuat sesi support group bersama kanser survivor dan carer. Acara ditamatkan pada jam 11.00 tengahari. Walaupun penat tetapi seronok. Terima kasih sekali lagi. 
sesi support group bersama kanser survivor dan carer.

Thursday 13 February 2014

Tips Walkathon KanWork 2014


Mesyuart Walkathon KanWork 2014

12 Februari 2014. BANDAR BARU BANGI. Bertempat di Nu-In Cafe, Seksyen 9, BBB telah diadakan mesyuarat terakhir (final meeting) Walkathon Kanwork 2014, jam 9 malam. Antara intipati perbincangan pada malam itu adalah: aturcara majlis, cetakan T-shirt, bunting walkathon, pengambaran pada hari walkathon bersama NONA, peer support, petugas sukarelawan, track route dan banyak lagi. Terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir mesyuarat. Ucapan tahniah kepada AJK yang bertungkus-lumus bekerja bagi menjayakan acara ini. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Jangan lupa temujanji kita pada hari Ahad 16 Februari 2014 jam 7.30 pagi di Taman Tasik Cempaka, BBB. Sila hadir berama-ramai. Sama-sama kita jayakan Walkathon KanWork 2014.