Monday 27 January 2014

Flyers Walkaton KanWork 2014

Tuan/Puan/Cik adalah dijemput beramai-ramai untuk menyertai Walkaton Kanwork pada 16 Februari 2014. Masa dan tempat seperti tertera di atas. Sila klik pada pautan (link) di bawah untuk cetakan dan edaran kepada kenalan.

Download Flyers Walkaton KanWork 2014

Download Borang Penyertaan

Download Borang Sumbangan 

Jualan Amal KanWork 2014

 
PUTRAJAYA, 23 Januari 2014. Bertempat di ruang legar (berhampiran kafeteria) aras satu Bangunan Kastam Diraja Malaysia, telah diadakan Jualan Amal KanWork bagi mengisi tabung persatuan. Jualan amal ini berlangsung selama dua hari, 23 & 24 Januari 2014 dan diketuai oleh Pn Hajah Rokiah Abdullah. Turut serta membantu adalah sukarelawan Kanwork iaitu Pn Nor Aini Mad Zin, Pn Amirah Tong Abdullah dan Cik Mahfuzah Kamaruzaman. Tidak lupa juga  yang banyak membantu dibelakang tabir iaitu Tn Hj Rokhani, En Shahiddin dan En Amer.
Orang kuat... Pn Hajah Rokiah dan Pn Nor Aini.

Barang-barang jualan disumbangkan oleh pelbagai pihak yang prihatin terhadap persatuan ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para dermawan; Pn Hajah Rokiah Abdullah, Prof.Gayah, Datin Khairiyah, Pn Asmah Salam, Pn Noriahan Jamaludin, Dr Samsuzana, Dr Faezah, Pn Farhana, Pn Haniza (Johor Bharu), Cikgu Khamidah Dan Cikgu Radziah(Muar), Hajah Hasnah, Hajah Masrom, Prof mazanah Muhamad, Datin Dr Norazizah M.Taib, Pn Amirah Tong Abdullah,Pn Mariana Mohd Yusoff, Dr Abdullah dan isteri, Pn Nor Aini Mad Zin. Ucapan terima kasih juga kepada tuan rumah dan kepada semua yang menjayakan Jualan Amal ini secara langsung atau tidak langsung.

Lebihan barangan jualan ini akan dibawa ke program Walkathon KanWork 2014 yang akan diadakan pada 16 Februari 2014 nanti. Sila mendaftar untuk menyertai program KanWork seterusnya, Jom Berjalan. Jumpa anda semua di Taman Tasik Cempada pada 16 Februari 2004.

Thursday 23 January 2014

Takziah

Dimaklumkan bahawa suami kepada Puan Rogayah Abdul Wahab, telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini, Khamis 23 Januari 2014 di Hospital Kuala Lumpur. Jenazah akan dimandikan di hospital dan akan di bawa pulang ke rumah sekejap. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Baru, Jln Ampang. Kepada kawan-kawan yang berkesempatan dan ingin menziarah, boleh ke rumah Puan Rogayah beralamat di No 49, Jln Cempaka 14, Taman Cempaka, Ampang.

KanWork mengucapkan takziah kepada Puan Rogayah sekeluarga atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga Puan Rogayah sekeluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan. Alfatihah.

Friday 3 January 2014

Walkaton KanWork 2014

Memulakan aktiviti bagi tahun baru 2014, KanWork akan mengadakan Walkaton 'Jom Berjalan Dan Sihat' seperti banner di atas. Sedikit info tambahan: Dua Trek telah dikenalpasti bagi tujuan melicinkan pergerakan pada hari tersebut iaitu :- Trek1 : Dataran dan Taman anggaran sejauh 500 M bagi survivors/patients dan ahli keluarga mereka; dan Trek 2 : Trak pejalan kaki keliling tasik anggaran sejauh 1.5 KM.

Aturcara Jom Berjalan Dan Sihat

MASA Aktiviti
7:15 – 8:00 Pendaftaran
8:00 – 8:30 Aktiviti Memanaskan Badan
8:30 – 10:00 Walkathon “Jom berjalan dan Sihat”
10:00 – 11:30 • Minum dan Rehat ‘Pakej Makanan & Minuman’
• Demontrasi Qi Gong
• Penyampaian Sijil Penghargaan
• Penyampaian Sijil Penyertaan
• Melawat Kaunter Maklumat KanWork
• Interaksi dan sembang berkenalan
• Bersurai