Wednesday 29 October 2014

Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Berita sekitar Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Breast Cancer Awareness Month

Sister Rahimah dan Pn Nor Aini di booth KanWork.
Antara pengunjung booth KanWork.


PERSATUAN KANSER KANWORK. 28 Oktober 2014, Putrajaya. KanWork telah dijemput untuk membuka booth awareness untuk memberi kesedaran barah payudara kepada orang awam di Hospital Putrajaya pada 28 Oktober 2014. Kanwork turut dibantu oleh kakitangan Hospital, sister Rahimah dengan penerangan lanjut berkenaan teknik pemeriksaan sendiri payudara (PSP) yang betul.
Terima kasih kepada Pn Nor Aini Mad Zin, Pn Asmah Salam dan Pn Safinaz Jaafar kerana bertugas di booth KanWork. Ucapan terima kasih juga kepada penganjur program, Hospital Putrajaya, Pn Laila, Sister Rahimah dan semua kakitangan hospital yang menjayakan program ini. Semoga dengan pameran dan penerangan seperti ini dapat memberi lebih kesedaran dan pengetahuan kepada orang awam mengenai kesedaran awal barah payudara.



KanWork was invited to open a booth to give awareness to the general public about breast cancer at Hospital Putrajaya on 28th October 2014. KanWork was assisted by the hospital staff, Sister Rahimah who gave further explanation regarding technique of Breast Self Examination (BSE).

Thanks to Pn Nor Aini, Pn Asmah dan Pn Safinaz. We would like to thank the organizer of the programme ie Hospital Putrajaya, Pn Laila, Sister Rahimah and the staff of the hospital that make the programme successful. We hope that the exhibition and the explanation will give more awareness and knowledge about early awareness of breast cancer.

   


 
PERSATUAN KANSER KANWORK. 27 Oktober 2014, Kuala Lumpur. Sempena bulan kesedaran Kanser Payudara, ahli KanWork telah dijemput untuk menjayakan seminar dan kempen kesedaran payudara 2014 anjuran Jawatankuasa Kesihatan Pekerja (OSHA) bersama Unit Kesihatan Pekerja (OSHA) Hospital Kuala Lumpur. 

Pn Asmah Salam telah dijemput untuk berkongsi pengalaman sebagai pesakit kanser payudara (Survivor). Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya. Seminar turut dihadiri oleh Dato' Dr Zainiah bt Mohamad Zain, selaku Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

In conjunction with Breast Cancer awareness month, KanWork members were invited to the seminar and breast awareness campaign organized by the Committee of Occupational Health (OSHA) and the Occupational Health Unit (OSHA) Hospital Kuala Lumpur.

Mrs Asmah Salam was invited to share her experiences as breast cancer survivor. The event was officiated by the Deputy Minister of Health, YB Dato ' Seri Dr. Hilmi Hj Yahaya. The seminar was attended by Dato' Dr Zainiah bt Mohamad Zain, as the Director of the Kuala Lumpur Hospital.


PERSATUAN KANSER KANWORK. 18 Oktober 2014, Kuala Lumpur. KanWork telah dijemput untuk menghadiri Forum Kesedaran kanser Payudara anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya. Seminar sehari itu telah dipenuhi dengan tajuk-tajuk yang menarik disamping barisan penceramah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas di dalam kepakaran masing-masing. 

Terima kasih kepada penganjur. Diharap program seperti ini dapat diadakan pada tahun-tahun akan datang dengan kehadiran lebih ramai ahli KanWork.

October 18 2014, Kuala Lumpur. KanWork was invited to attend a Breast Cancer Awareness Forum, organized by the University Malaya Medical Centre. One day seminar was filled with interesting topics by the experienced and knowledgeable speakers.

Wednesday 15 October 2014

Pantai Women Health Summit 2014

Gomez (third from right), Safurah (fourth from right) and Rafidah (fifth from right) with the cheque recipient representatives at Pullman Hotel on Oct 14, 2014.
14 Oktober 2014, KUALA LUMPUR: One in 31 women in Malaysia are at risk of contracting breast cancer.

Speaking at the Second Women's Health Summit 2014 on Tuesday, organising chairman Dr Patricia Gomez said the incidence of cancer in the country was increasing at an alarming rate from 32,000 new cases in 2008 to 37,000 in 2012 with the number expected to go up to 56,932 by 2025 if no action is taken.

"With over three million women battling breast cancer today worldwide, it is worrying. If the disease is diagnosed, the chances of survival is good."

In her 20 years of practising and attending to hundreds of patients, she said there was still a need for continuous awareness of the disease.

National Cancer Society Malaysia (NCSM) principle patron Tan Sri Rafidah Aziz said women should understand their own body and take all measures to improve their well-being.

"While the government is committed to support the agenda of women's health as well as their active representation on corporate boards, Malaysian women must do their part by taking their health seriously," she said.

This year, Pantai Hospital Kuala Lumpur donated RM40,00 in total (RM10,000 each) in the form of breast prostheses for post-mastectomy patients to National Cancer Society (NCSM), Breast Cancer Welfare Association Malaysia (SCWA), Persatuan Kanser Network Selangor & Federal Territories (KanWork) and NCD Alliance Malaysia.

These NGOs provide emotional, practical and information support to those diagnosed with cancer, their families and friends through its cancer care programmes and services nationwide.

Also present was Ministry of Health family health development division director Puan Dr Safurah Jaafar.
 
Source
‘Breast cancer risk hits one in 31 Malaysian women’
Posted on 14 October 2014 - 09:39pm
http://www.thesundaily.my/news/1199166

Monday 13 October 2014

Program Breast Seminar KKM

Pn. Nor Aini, Pn. Hamsiah, Pn. Asmah dan Pn. Umi

PERSATUAN KANSER KANWORK. 26 September 2014, Kuala Lumpur. KanWork telah menerima jemputan dari Kolej Radiology  Malaysia di dalam sesi perkongsian untuk menjayakan Program Breast Seminar KKM. Program diadakan di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Ahli KanWork yang hadir adalah Pn. Hamsiah Ahmad, Pn. Asmah Salam, Pn. Umi Purwati dah Pn. Nor Aini Md Zain. 

Pn. Asmah Salam shared on “Early Detection”, Pn. Nor Aini Md Zain shared on “Treatment Course and Experience” and Pn. Umi Purwati shared on “Post Treatment Lifestyles”.  Audience was very much excited and satisfied with the speakers. They said our members are very positive.

Pn. Hamsiah, Pn. Umi dan Pn. Asmah
Tahniah diucapkan kepada ahli. Semoga kerja-kerja amal seperti ini berterusan untuk memberi kesedaran kepada orang awam. Gambar sekitar majlis.

Report by Pn. Hamsiah Ahmad

Friday 3 October 2014

Kempen Kesedaran Kanser Payudara

Pn Asmah di dalam sesi bersama kanser survivor

PERSATUAN KANSER KANWORK. 27 September 2014, Ampang. Satu Kempen Kesedaran Kanser Payudara anjuran Biro Wanita Pertubuhan Penduduk UP4 Ukay Perdana dengan kerjasama Jabatan Pembedahan Am, Hospital Ampang, telah diadakan untuk memberi kesedaran kepada penduduk sekitar. 
Ahli KanWork, Puan Asmah Salam telah dijemput untuk berkongsi pengalaman beliau di dalam sessi perkongsian bersama kanser survivor. Terima kasih kepada Puan Asmah Salam kerana mewakili para survivor amnya dan KanWork khasnya. Semoga pengalaman yang dikongsi bersama dapat memberi kesedaran awal kepada para peserta. Gambar-gambar disekitar majlis tersebut.

Bergambar kenangan bersama penganjur dan ahli panel.

Forum Kesedaran Kanser Payudara PPUM 2014

PPUM akan menganjurkan Forum Kesedaran Kanser Payudara - "Berjaya pulih melalui harapan dan penyembuhan" pada 18 Oktober 2014 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 5 petang, bertempat di Auditorium Klinikal, Tingkat 2, Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. 

Kepada ahli KanWork yang ingin menyertai forum ini, sila beri nama kepada Setiausaha KanWork, Pn. Mariana di talian 019-234 9954 sebelum 7 Oktober 2014

Kepada yang bukan ahli, boleh hubungi terus urusetia forum, sebelum 13 Oktober 2014 bagi tujuan pra-pendaftaran dan 'goodies'.

Tentatif Forum seperti di bawah. Jemput datang beramai-ramai, forum adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Flyer Program

Tentatif Program

Tuesday 30 September 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KanWork 2014 (English Version)

6 September 2014, Putrajaya. KanWork yearly event, “Majlis Ramah Mesra Aidilfitri (MRMA 2014)” has been successfully held at Seminar Room Lobby, Level 4, Institut Kanser Negara (IKN). Attended by more than 300 guests which included KanWork members and families, NGOs, volunteers, specialists and hospital representatives, cancer patients, survivors and academicians. KanWork was very grateful with the presence of Ketua Pengarah LPPKN, Dato Dr Siti Norlasiah Ismail and Ketua Pengarah IKN, Dr Asmayani Khalib.
The occasion was initiated with prayer (doa) recitation by Tuan Haji Kamaruddin Shafie and opening speech by KanWork Chairwoman, Prof Dr Mazanah Muhamad. She conveyed her appreciation to all guests for their presence. Also to mention book sponsor “Buku Rawatan Doa” (new printing), Dr Mastura Md Yusoff, KanWork members, survivors and cancer patients, NGO representatives, hospital and other institutions and not forgetting volunteers, families and anyone present.
To end the glittering event, photography session was a must and it was 12.30pm. See you all next year, 2015!!! In Shaa Allah.

Wednesday 10 September 2014

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KanWork 2014

06 September 2014, Putrajaya. Bertempat di Lobi Bilik Seminar Aras 4, Institut Kanser Negara telah diadakan satu program tahunan KanWork iaitu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri (MRMA 2014). Program ini telah dihadiri seramai 300 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada ahli KanWork serta keluarga, NGO, sukarelawan, doktor pakar dan wakil hospital, pesakit dan survivor kanser serta ahli akedemik. Kanwork juga amat berbesar hati kerana Ketua Pengarah LPPKN, Dato Dr Siti Norlasiah Ismail dan Ketua Pengarah IKN, Dr Asmayani Khalib sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Kamarudin dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KanWork, Prof Dr Mazanah Muhamad. Pengerusi KanWork turut memberikan penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis. Ini termasuk Penaja Buku Rawatan Doa (cetakan terkini) Dr Mastura Md Yusoff, ahli KanWork, para survivor dan pesakit kanser, wakil-wakil NGO, Hospital dan lain-lain institusi. Turut tidak dilupakan sukarelawan, ahli keluarga dan lain-lain.
Seterusnya tetamu dijemput ke ruang makan untuk menikmati hidangan juadah raya yang telah disediakan oleh Katering Rahsia Citarasa Istimewa. Terdapat pelbagai jenis juadah utama yang dihidangkan iaitu nasi impit beserta rendang ayam, soto, laksa johor dan lemang

Turut menyerikan lagi meja  juadah pembuka selera adalah pelbagai jenis potluck yang disumbangkan oleh tetamu yang hadir antaranya pelbagai jenis kek, buah-buahan, kuih muih dan candy. Para tetamu yang hadir kelihatan gembira dan ceria dapat berkumpul bersama rakan seperjuangan setelah sekian lama tidak bersua. Mereka saling bertukar cerita dan berkongsi pengalaman. Suasana di lobi menjadi meriah dan riuh rendah.
Bagi pesakit dan orang awam yang baru menyertai program anjuran KanWork ini, mereka tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling secara personal daripada doktor pakar dan rakan survivor yang lebih senior.  Pelbagai soalan diajukan bagi mendapatkan kepastian dan merungkai dilema yang mereka hadapi. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat yang mereka perolehi dapat menaikkan semangat untuk teruskan kehidupan dengan tabah.
Sambil menjamu selera, majlis turut dimeriahkan dengan slot cabutan bertuah. Hadiah bagi cabutan bertuah sebanyak 48 set ini telah ditaja oleh ahli-ahli KanWork dan juga rakan KanWork (Partners/Donors). Dengan hadiah utamanya yang menjadi rebutan iaitu pakej penginapan 3 hari 2 malam di Legend Hotel, Cherating. Hadiah utama ini dimenangi oleh Pn Norma Muhamad.
Turut memeriahkan perjalanan majlis adalah persembahan nyanyian akustik dari artis jemputan Mr. CDnaz  dari kumpulan  Metalasia. Lagu pilihan yang disampaikan adalah lagu tema merdeka Warisan dan lagu raya, Sepasang Kurung Biru.
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada Team MRMAK2014, AJK dan ahli KanWork  yang telah bertungkus lumus hampir sebulan membuat persiapan bagi memastikan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini dapat dijalankan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada warga kerja IKN yang turut menyumbang tenaga di hari majlis berlangsung. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. 
Kepada tetamu jemputan yang hadir, terima kasih diucapkan. Pihak KanWork memohon maaf sekiranya terdapat apa jua kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga jalinan ukhuwah sillaturrahim yang kita bina ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan bersama demi kejayaan KanWork dan survivor kanser khasnya di masa-masa akan datang.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 12.30 tengahari. Semoga diketemukan lagi di tahun hadapan. 2015 !!!!! InsyaAllah.

Friday 5 September 2014

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Peringatan Mesra!

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

YBhg Dato'/Datuk/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,
Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan berbesar hati ingin menjemput YBhg Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan ke :

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Tarikh    : 6 September 2014 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi
Tempat :  Lobi Bilik Seminar Aras 4,

                 Institut Kanser Negara (IKN)
                 (bersebelahan Hospital Putrajaya). 

Aturcara Majlis :
10.00 pagi : Ketibaaan Tetamu Jemputan 
10.30 pagi : Bacaan Doa dan aluan Pengerusi KanWork
10.45 pagi : Majlis Apresiasi Sukarelawan Aktif
11.30 pagi : Jamuan

12.30 tengahari : Bersurai  


Kepada ahli KanWork, sila pakai baju batik KanWork. Jika tiada, pakailah baju berwarna seakan-akan lite purple/pink.

Semoga dengan kehadiran YBhg Dato'/Datuk/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi majlis. Sekian, terima kasih.

Wednesday 20 August 2014

Mohon Sumbangan Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Lucky Draw Contribution

Assalamualaikum Tuan/Puan,


There will be Lucky Draw during KanWork Aidil Fitri Open House 2014. For that reason, we welcome anyone who would like to contribute presents for the lucky draw as many as possible. Please contact Pn. Noriahan (012-9433412) and Pn. Norfifah (012-6766736), coordinators for the lucky draw before 6 September 2014.

We hope you contribution will spur fun to our open house.
Thank you.

Monday 18 August 2014

KanWork: Program Tazkirah Ramadhan 2014 on YouTube

Kepada ahli yang terlepas mengikuti program Pendidikan semasa bulan Ramadhan 1435H yang lepas, boleh menonton Program Tazkirah Ramadhan 2014 yang telah dirakam. Sila klik pada pautan di bawah.

Tazkirah Ramadhan KanWork 2014

Wednesday 6 August 2014

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

YBhg Dato'/Datuk/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,
Sempena bulan Syawal yang mulia ini, kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan berbesar hati ingin menjemput YBhg Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan ke :

Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri KanWork 2014

Tarikh    : 6 September 2014 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi
Tempat :  Lobi Bilik Seminar Aras 4,

                 Institut Kanser Negara (IKN)
                 (bersebelahan Hospital Putrajaya).

Besarlah harapan kami agar pihak YBhg Dato'/Datuk/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan dapat hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Sila sahkan kehadiran anda sebelum 1 September 2014 kepada Cik Mahfuzah Kamaruzaman di talian 03- 89408672.

Aturcara Majlis :
10.00 pagi : Ketibaaan Tetamu Jemputan 
10.30 pagi : Bacaan Doa dan aluan Pengerusi KanWork
10.45 pagi : Majlis Apresiasi Sukarelawan Aktif
11.30 pagi : Jamuan

12.30 tengahari : Bersurai

Thursday 24 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014

Di kesempatan ini, kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork)  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  YBhg Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan sumbangan selama ini dalam membantu KanWork dan para pesakit Kanser khasnya.

Monday 21 July 2014

Tazkirah Ramadan - Mencari Kesempurnaan Ramadan

Peserta bergambar dengan Ustaz Azahar Yaakub

12 Julai 2014. Program ini di jalankan untuk mendapatkan pengetahuan tentang bagaimana hendak mencari kesempurnaan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Seramai 16 orang telah menghadiri tazkirah ini yang di adakan di pejabat KanWork pada pukul 10.00 pagi.  Penceramah jemputan untuk program tazkirah Ramadhan ini ialah YBhg. Ustaz Dr. Azahar Yaakub, Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Malaysia (International Campus), Kuala Lumpur.

Di antara intipati tazkirah yang di sampaikan ialah dalam konteks bersedakah. Penceramah ada menyebut tentang satu hadith yang bermaksud, “Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan bersedekah” (HR Thabrani dan Baihaqi). Dalam kita bersedekah itu, hendaklah kita yakin dan pasti bahawa sesungguhnya janji Allah SWT itu benar. Bersedekah juga di antara amalan yang di laksanakan Rasulullah SAW selain dari Qiamullail dan membaca Al- Quran.
YBhg. Dr. Ustaz Azahar Yaakub

Bersedekah juga tidak terhad dalam bentuk wang ringgit atau material (harta benda). kerja-kerja kebajikan yang kita laksanakan seharian juga merupakan satu sedekah kita kepada orang yang memerlukan.

Secara keseluruhannya, tazkirah ini sangat member manfaat dan ianya dapat membantu semua peserta untuk menjadi insan yang lebih baik dalam menghadapi Ramadhan dan hari-hari yang mendatang. Majlis berakhir jam 11.30 pagi.

Friday 4 July 2014

MEMOHON SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK



Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia,


Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan, 

MEMOHON SUMBANGAN AMAL JARIAH SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK

2.         Berhubung dengan perkara di atas, kami dari Persatuan Kanser NetWork Selangor dan Wilayah Persekutuan (KanWork) dengan rasa rendah diri ingin memohon sumbangan sama ada berupa wang zakat, sedekah atau derma dari pihak Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan sebagaimana firman Allah :

Sesiapa yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah dengan harta yang baik maka Allah melipat-gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.                                             (Al-Baqarah: 245)

3.         KanWork merupakan sebuah kumpulan sokongan (NGO) yang menjalankan aktiviti mendampingi komuniti (outreach) bagi memberi kesedaran, menyampaikan maklumat dan memberi sokongan kepada para pesakit, ahli keluarga dan anggota masyarakat berkaitan penyakit kanser.

4.         Ia ditubuhkan pada tahun 2006 dan sebahagian besar (95%) ahli KanWork adalah pesakit/survivor Kanser. Di antara aktiviti yang dijalankan oleh KanWork adalah:

  • Memberi sokongan rakan sebaya (peer support) kepada pesakit/survivor Kanser dan ahli keluarga
  • Melawat pesakit di wad.
  • Melawat pesakit di rumah
  • Memberi kesedaran kesihatan dan pencegahan kanser kepada komuniti
  • Mengadakan aktiviti riadah dan sosial
  • Memberi sokongan kepada pesakit/survivor di Pusat  Sumber Kanser (di beberapa hospital)
5.      Bagi menjayakan aktiviti – aktiviti yang dirancang, pihak kami amat  memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan dan keperluan. Oleh itu, sumbangan daripada Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan sangat dialu-alukan. Semua sumbangan akan diberikan pelepasan cukai pendapatan (No rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.5996).

6.         Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun di bawah:

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (bagi derma/sumbangan/sedekah)
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. AKAUN : 8601945901

BANK ISLAM (bagi zakat)
PERSATUAN KANSER NETWORK SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. AKAUN : 12029010069530

7.   Maklumkan kepada pihak kami seperti nama di bawah melalui emel /SMS / telefon/whassap untuk kami poskan resit /surat pelepasan cukai (sekiranya diperlukan) dengan menyatakan nama, alamat lengkap dan no telefon :
                       
i.                     Pn Nur Amirah Tong Abdullah (Bendahari KanWork)
                        amiraus@msn.com
                        019-2168125
           
ii.                   Pn Norma Muhamad (Penolong Bendahari KaWork)
                        ann_amir@yahoo.com
                        012-6651372

8.     Sumbangan Y. Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah kami hargai. Semoga Allah S.W.T memberkati jasa baik dan keprihatinan Y.Bhg Tan Sri/ Puan Sri/ Dato’ /Datin /Tuan /Puan terhadap mereka yang memerlukan. Sekiranya Y. Bhg Tan Sri/ Puan Sri /Dato’/Datin /Tuan /Puan memerlukan maklumat lanjut berkaitan persatuan kami, sila layari blog kami di KanWork.blogspot.com.

Sekian, terima kasih. 

Yang benar,



(MARIANA MOHD YUSOFF)
Setiausaha
Persatuan Kanser NetWork Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork)