Thursday 26 September 2013

BREAST SEMINAR 2013

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada tiga sukarelawan KanWork yang telah sudi mewakili persatuan ke Breast Seminar 2013 anjuran College Radiology Malaysia bertempat di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pada 20 Sept. yang lalu. Tiga sukarelawan tersebut adalah Pn Rogayah Abdul Wahab, Pn Hamsiah Ahmad dan juga Pn Mazlina Rajman. Ke tiga-tiga sukarelawan telah diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mereka ttg bagaimana memerangi Kanser dan pengalaman serta ekspektasi mereka berkaitan perkhidmatan radiologi dan mamogram. Di samping itu mereka juga turut mempromosikan KanWork melalui edaran risalah serta perkongsian maklumat serta turut menambah dana persatuan  melalui sumbangan para peserta kepada tabung persatuan daripada lebih 200 peserta yang hadir.

Sesungguhnya kehadiran mereka ke SEminar ini telah menambahkan lagi rangkaian networking Kanwork di masa depan.

Tahniah dan terima kasih

Kepada tuan/puan yang mewakili persatuan ke mana- sahaja, mohon dimaklumkan kepada saya untuk tujuan dokumen/  laporan dan rekod Persatuan.

Sekain terima kasih
Mariana Mohd Yusoff
b/p Pengurusan KanWork

Makluman Ahli KanWork Menunaikan Haji

Sukacita dimaklumkan bahawa ahli KanWork yang sangat aktif menghadiri program anjuran Kanwork
iaitu Pn Norfifah bt Abdullah (survivor) dan suami Saharudin bin Osman akan berangkat untuk menunaikan ibadah haji pada 2 Oktober 2013.
Beliau memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang kesalahan/kesilapan. Juga memohon supaya didoakan agar selamat pergi dan balik.
Mari kita bersama-sama mendoakan pemergian beliau dan suami ke tanah suci supaya mendapat haji mabrur. Sekian untuk makluman. Terima kasih
Mariana
Setiausaha KanWork
b/p Pengurusan KanWork

Saturday 21 September 2013

Pemberitahuan


Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan ahli KanWork yang dikasihi,

Sukacita dimaklumkan bahawa KanWork kini telahpun berpindah ke pejabat baru seperti alamat berikut :

B5-1-2, Blok B5, Jalan Putra Permai 2,
Taman Equine 43300
Seri Kembangan Selangor.


Sehubungan dengan ini, KanWork perlu mempunyai beberapa peralatan/kelengkapan bagi melengkapkan pejabat baru tersebut. Salah satu peralatan yang paling diperlukan buat masa sekarang ialah KIPAS ANGIN berdiri sebanyak 2 UNIT. Oleh itu saya mewar-warkan perkara ini sekiranya ada ahli KanWork, ahli keluarga, rakan taulan atau sesiapa sahaja yang ingin membuat sumbangan amal jariah atau berwakaf sama ada dalam bentuk wang atau kipas itu sendiri. Sekiranya ada sesiapa yang ingin menyumbang, boleh hubungi saya melalui email atau telefon.

KanWork juga telahpun mewujudkan blog sendiri di alamat kanWork.blogspot.com dan Facebook di alamat:  Persatuan KanWork. Oleh yang demikian adalah diharapkan agar sesiapa yang belum add boleh addkan di Facebook dan menggunakan facebook dan blog sebaik mungkin sebagai wadah untuk kita berkomunikasi dan bertukar pendapat, berkongsi maklumat di antara satu sama lain.

KanWork juga telah mempunyai Pembantu Pentadbiran yang baru iaitu Cik Mahfuzah Kamaruzzaman menggantikan Pn Nor Azrina yang telah meninggalkan KanWork kerana mendapat pekerjaan baru.

Sekian untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan.

Segala kerjasama dan sokongan Tuan/Puan dalam menjayakan aktiviti KanWork dan membantu para pesakit Kanser khasnya amatlah dihargai.

Terima kasih

Mariana Mohd Yusoff
Setiausaha KanWork.
H/P : 0192349954

Thursday 12 September 2013

Majlis Baca Yaasin dan Doa Selamat

SATU Majlis Baca Yaasin dan Doa Selamat khas untuk Dato' Dr. Prof Radin (Penasihat KanWork / Mantan Naib Cancelor UPM) akan di adakan pada :
Tarikh : 15 Sept 2013 (Ahad)
Majlis  : 10.30 -11.30 pagi
Tempat : Surau Al Sobah Jalan 3/4 , Seksyen 3, Bandar Baru Bangi.

Semua ahli KanWork dijemput hadir. Kehadiran tuan/puan ke majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Tuesday 10 September 2013

PADA 7 September 2013 yang lepas, telah berlangsung Majlis Sambutan Aidilfirti. Pihak Pengurusan KanWork ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada yang telah hadir memeriahkan majlis. Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kita berpeluang berjumpa merayakan satu lagi Aidilfitri.

Kami di KanWork sangat berbesar hati dan gembira dapat berkumpul, bersua muka dengan ahli baru dan lama, keluarga / sukarelawan/ pegawai2 Hospital Putrajaya dan agensi lain. Ramai yang menyumbang kearah kejayaan majlis, terutama sekali pegawai-pegawai Hospital Putrajaya dan ahli/sukarelawan KanWork. Kami hargai kerjasama semua, terutama Dr. Abdullah & Puan Mariana.
Semoga semangat kerja berpasukan secara sukarela sebegini dapat terus menjadi budaya KanWork.

Terima kasih juga kepada semua yang memberi sumbangan dalam bentuk hadiah/riben/potluck /kewangan dsbnya. Juga tidak lupa kepada Pn Hajjah Rokiah yang sudi sponser hadiah cabutan bertuah dan Pn Luci dan team yang menyediakan hadiah, Puan Asmah dan team untuk ribbon yang cantik, Pn Ramlah dan team untuk hadiah survivor, Cik Mahfuzah yang banyak membantu dan cekap walaupun baru bersama KanWork, Pn Safinaz dan team pendaftaran, Pn Faezah, pengurus jamuan, Cik Aida Maskor di atas jemputan dan semua yang menyumbang tenaga dan idea. Juga tidak lupa
kepada Puan Pengerusi yang juga banyak memberi sokongan dan tunjukajar, checklist dsbnya. Kepada semua ahli-ahli KanWork, you all are the best.

Mohon maaf atas sebarang kekurangan. Inshallah kita berjumpa lagi di aktiviti KanWork yang akan datang. Gambar akan menyusul kemudian. Tunggu...

Kata-kata penghargaan di atas dipetik dari e-mail Prof. Maznah dan Pn. Mariana, wakil Pengurusan KanWork.

Tuesday 3 September 2013

Majlis Rumah Terbuka Dr. Abdullah

PADA Sabtu 31 Ogos 2013 bertempat di kediaman Dr. Abdullah, Naib Pengerusi KanWork, telah berlangsung Jamuan Sambutan Hari Raya 2013. Gambar adalah sekitar majlis. Antara tetamu yang hadir adalah ahli-ahli Kanwork.


Terima kasih tuan rumah, saban tahun tidak lupa panggil kawan-kawan jamu makan.

Monday 2 September 2013

Majlis Apresiasi 2013 KanWork

Bersempena Aidilfitri pada tahun ini KanWork akan mengadakan Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya 2013 seperti ketetetapan berikut:

Tarikh : 7 September 2013 (Sabtu)
Tempat : Dewan Auditorium Hospital Putrajaya
Masa : 10.30 pagi -12.30 t/hari

Tuan/Puan ahli KanWork dan sahabat handai di jemput hadir bagi memeriahkan majlis.