Wednesday 1 August 2012

AKTIVITI

KanWork mengadakan pelbagai program dan aktiviti sokogan terutamanya kepada para pesakit, Kanser survivor dan ahli keluarga termasuklah  program-program pencegahan, kempen-kempen kesedaran, pendidikan dan sokongan Kanser. Di antara aktiviti utama yang diadakan ialah :

  1. Siri Pendidikan dan Sokongan ahli yang diadakan pada setiap bulan.
  2. Siri Perjumpaan Ali Keluarga dan Kumpulan Sokongan Pesakit (The Carer’s Club)
  3. Aktiviti kumpulan sokongan yang dikendalikan oleh rakan survivor Kanser untuk pengidap Kanser yang bersedia untuk berbual, berkongsi pengalaman dan membantu di antara satu sama lain.
  4. Lawatan ke Wad : Melawat pesakit Kanser yang akan menjalani pembedahan dan/atau yang telah menjalani pembedahan di Hospital seperti di Hospital Putrajaya dan HUKM.
  5. Lawatan ke rumah : Melawat pesakit Kanser di rumah masing-masing.
  6. Sesi Bersama Rakan Survivor di Pusat Sumber Kanser Hospital Putrajaya pada setiap hari Selasa jam 10.00 – 1.00 tengahari.
  7. Menyediakan Pusat Sumber Kanser di Hospital Putrajaya yang memuatkan koleksi bahan pendidikan Kanser untuk rujukan pesakit dan orang awam.
  8. Jaringan rakan sebaya: Jaringan sokongan telefon rakansebaya (Helpline) diadakan bagi membantu pemangil berkongsi pengetahuan, pengalaman, masalah dan pelbagai situasi khusus berkaitan dengan Kanser.
  9. Sokongan Jaringan e-group: Satu kemudahan email untuk memudahkan komunikasi di kalangan ahli-ahli.
  10. Sokongan KanForum : diwuudkan bagi membolehkan para pesakit, Kanser survivor dan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar negara berkongsi apa jua maklumat dan pengalaman tentang Kanser.
  11. Aktiviti riadah dan sosial : Aktiviti Xi Gong, Wai Ta Qung, Aerobic, perjumpaan sosial dan lawatan sambil belajar dsbnya.
  12. Program sukarelawan : Sukarelawan dialu-alukan untuk menjalankan aktiviti pentadbiran, perkhidmatan sokongan, ’outreach’ dan lain-lain peluang.
  13. Pendidikan Komuniti : KanWork bekerjasama dengan  badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan serta golongan profesional perubatan lain bagi menganjurkan pelbagai program kesedaran dan pencegahan di peringkat komuniti.